Sholat Qashar dan Jama





1.0  SOLAT QASAR
1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat  yang empat rakaat Yaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
1.      Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud :
"Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, Maka tidaklah Mengapa kamu men-qashar[343] sembahyang(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu."

[343]  menurut pendapat Jumhur arti qashar di sini ialah: sembahyang yang empat rakaat dijadikan dua rakaat. Mengqashar di sini ada kalanya dengan mengurangi jumlah rakaat dari 4 menjadi 2, yaitu di waktu bepergian dalam keadaan aman dan ada kalanya dengan meringankan rukun-rukun dari yang 2 rakaat itu, yaitu di waktu dalam perjalanan dalam keadaan khauf. dan ada kalanya lagi meringankan rukun-rukun yang 4 rakaat dalam keadaan khauf di waktu hadhar.

2.      Al-Sunnah yang bermaksud :
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya” 
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
      Dua marhalah yaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4  Syarat Solat Qasar
a.       Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh  syara’.
b.      Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
c.       Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
d.      Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
e.       Hendaklah solat yang di qasar kan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5  Contoh Niat Sholat Qashar
 أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
“Aku niat sholat fardhu Zuhur dua rakaat Qashar fardu karena Allah

2. SOLAT JAMA
2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
a.       Jama’ Taqdim yaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
b.      Jama’ Ta’khir yaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2  Syarat Solat Jama
v  Solat Jama’ Taqdim
a.       Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
b.      Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
c.       Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
d.      Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
e.       Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur  atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang  kedua (Asar atau Isya’).

v  Solat Jama’ Ta’khir
a.       Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
b.      Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi  salam solat yang kedua.  
2.3 Niat Sholat Jama
v  Jama’ Taqdim
Ø  Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
“Aku niat sholat Zuhur empat rakaat denga zama sama ashar fardu karena Allah”

Ø  Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
“Aku niat sholat Zuhur dua  rakaat qashar  denga zama sama ashar fardu karena Allah”

v  Jama’ Ta’khir
Ø  Niat Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
“Aku niat sholat Zuhur empat rakaat zama sama ashar fardu karena Allah”

Ø  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

“Aku niat sholat Zuhur dua rakaat qashar dan  zama sama ashar fardu karena Allah”



Terimakasih atas kunjungannya
semoga bermamfaat
http://enjangwarman99.blogspot.com

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Babasan Jeung Paribasa Basa Sunda

Soal Jawab Aqidah

Surga Karena Memuliakan Orang Miskin